fbpx

Bayi dihempap pokok ru ketika berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuminah (kiri) dan Ban Hong (kanan) menemani bayi yang cedera dihempap pokok ru memasuki ambulans dalam kejadian di Pantai Puteri, Melaka.

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dikejarkan ke hospital selepas dia dan ibunya dihempap sebatang pokok ru ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, petang tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya sebelum tiba-tiba sebatang pokok menghempap mereka dan menyebabkan mangsa tersembam ke pasir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, dia bersama calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong yang kebetulan berada berhampiran kawasan turut bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Saya mendapat berita sedih ini pada pukul 6.45 petang dan dimaklumkan si ibu ini sedang melihat suami bersama dua anak yang lain bermandi-manda sambil mendukung bayinya.

“Bagaimanapun sebatang pokok ru tiba-tiba tumbang dan menghempap di bahagian belakang wanita terbabit menyebabkan kedua-dua mereka tersembam ke pasir,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Tambahnya, akibat kemalangan itu bayi berkenaan mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans, manakala ibunya cedera di belakang.

Mengulas lanjut Tuminah berkata, susulan kejadian itu kawasan tersebut mungkin akan ditutup buat sementara waktu bagi aktiviti perkhemahan atau perkelahan.

“Kita bercadang untuk menutup sementara pantai bagi aktiviti perkhemahan memandangkan musim hujan pada ketika ini boleh membahayakan pengunjung.

“Saya juga telah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu untuk menebang pokok yang telah berusia lebih 20 tahun yang berisiko tumbang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI