MEMANG zaman mereka, beraksilah apa sahaja pasti akan menjadi bualan netizen. Itulah penangan tiga artis muda Daiyan Trisha, Meerqeen dan Nadhir Nasar.
Terbaharu, tiga pelakon itu menjadi bualan ramai apabila ada yang menyamakan foto mereka saling tidak tumpah seperti poster naskah K-drama.
Tiga pelakon popular itui ‘terbang’ ke Korea Selatan bagi menjalani penggambaran sebuah projek di sana.
Peminat juga menyamakan foto mereka seperti poster True Beauty yang dibintangi Moon Ga-young, Cha Eun-woo dan Hwang In-youp.
“Ini True Beauty versi Malaysia ke? Tolong realisasikannya,” komen netizen.
“Kalau ini drama Korea, Nadhir akan jadi hero kedua yang tersakiti,” kata seorang lagi pengguna TikTok.
Video yang dimuat naik oleh Daiyan itu meraih lebih 800,000 tontonan dan 110,000 tanda suka.