fbpx

Allah pinjamkan awak buat saya sangat sekejap – Kekasih Allahyarham Syazlin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAF PABLO yang juga merupakan ahli kumpulan hip-hop, Forceparkbois meluahkan rasa sedihnya atas kehilangan kekasih tersayang, Allahyarham Syazlin Zainal menerusi Instagram.

PETALING JAYA – “Saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasai mati.”

Itu antara bait-bait luahan perasaan teman lelaki pelakon dan pempengaruh, Allahyarham Syazlin Zain iaitu Shaf Pablo terpaksa merelakan pemergian kekasih hati ke negeri abadi.

Ujar Shaf yang merupakan anggota kumpulan hip-hop, Forceparkbois, dia tidak akan melupakan segala kenangan manis bersama Allahyarham walaupun berat ujian yang terpaksa diharunginya.

“Terima kasih untuk segalanya sayang. Saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka duka dan gembira kita bersama.

“Allah pinjamkan awak buat saya betul-betul sekejap. Saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati dan benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian.

“Dan, benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam. Siapalah diri ini untuk menolak takdir qada’ dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” coretnya menerusi Instastory.

Menurut Shaf lagi, dia akan cuba cekal menghadapi hari mendatang tanpa Allahyarham di sisinya walaupun sedar perihal tersebut adalah sangat sukar dilakukan.

“Sayang, percayalah saya akan cuba sedaya upaya yang saya mampu untuk kuat harungi liku-liku kehidupan ini berseorangan.

“Tanpamu sayang tapi semangat dan impian awak akan saya bawa bersama sampailah tiba masa saya pula akan bersamamu di sana kelak.

“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tenanglah disana sayang. Kekasihmu ini akan selalu merinduimu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, polis mengesahkan Syazlin Zainal, 26, maut selepas terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, dekat sini, kelmarin.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI