fbpx

Subvarian Omicron punca lonjakan jangkitan Covid-19 di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUDI meminta masyarakat Indonesia agar bersedia menghadapi gelombang baharu Covid-19.- BNPB

JAKARTA – Indonesia berdepan lonjakan kes Covid-19 melibatkan varian Omicron yang dipacu oleh subvarian XBB dengan kes paling banyak ditemui di Bali, Surabaya dan Jakarta, lapor stesen penyia­ran CNN Indonesia semalam.

“Jangkitan XBB sedang me­ningkat. Kes sekarang memang meningkat disebabkan varian baharu,” kata Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin di Universiti Airlangga kelmarin.

Menurut beliau, lonjakan kes semasa yang berlaku disebabkan oleh kemunculan tiga subva­rian baharu iaitu BA2.75, XBB dan BQ.1. Jangkitan subvarian BQ.1 adalah yang paling dominan di negara itu.

“Kes paling banyak direkodkan di Indonesia ialah BQ.1, yang juga dominan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). XBB pula dominan di Singapura.

“Kebanyakan kes XBB ditemui di Bali, Surabaya dan Jakarta. Gelombang baharu sudah bermula. Jadi semua perlu berwaspada mulai sekarang.

“Ciri-ciri varian XBB adalah melonjakkan kes dengan pantas. Orang yang sudah divaksin dan yang pernah positif Covid-19 juga berpotensi dijangkiti,” katanya.

Budi memaklumkan bahawa kes Covid-19 di Indonesia telah melonjak sejak Oktober lalu. 

“Saya juga terkejut, tetapi ingin memaklumkan bahawa seramai 24,000 pesakit sedang dirawat dan pesakit yang sakit teruk adalah lebih 10,000 orang, manakala 1,300 orang meninggal dunia setakat Oktober lalu,” jelas beliau.

Beliau sebelum ini meramalkan bahawa subvarian XBB berpotensi memacu lonjakan kes harian sehingga 20,000 kes sehari. Ramalan itu dibuat setelah beliau melihat kepada keadaan peningkatan kes di Singapura yang juga melibatkan subvarian XBB.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI