fbpx

Pengembangan kukuh ekonomi Malaysia suku ketiga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Shamsiah pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Ketiga Tahun 2022 oleh Bank Negara, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/ AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga tahun ini (S2 2022: 8.9 peratus), biarpun terdapat kesan asas daripada pertumbuhan negatif pada suku ketiga tahun lalu.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus berkata, pertumbuhan juga didorong permintaan dalam negeri yang kukuh, disokong keadaan pasaran pekerja dan pendapatan yang bertambah baik serta sokongan dasar yang berterusan.

“Eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E). Pemulihan pelancongan ke dalam negeri memberikan sokongan tambahan kepada kegiatan ekonomi.

“Mengikut sektor, pertumbuhan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan. Pada asas suku tahun ke suku tahun terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.9 peratus (S2 2022: 3.5 peratus). Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 9.3 peratus pada tiga suku pertama tahun 2022,” katanya pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Ketiga Tahun 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata, inflasi keseluruhan pada tahun ini mungkin telah mencapai tahap tertingginya iaitu 4.5 peratus pada suku ketiga (S2 2022: 2.8 peratus), manakala inflasi asas terus meningkat kepada 3.7 peratus (S2 2022: 2.5 peratus).

“Seperti dijangka, peningkatan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya didorong oleh kesan asas daripada diskaun bil elektrik yang dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2021 serta peningkatan berterusan inflasi teras dan barangan yang harganya tidak menentu.

“Tekanan inflasi mencerminkan gabungan tekanan kos yang meningkat khususnya untuk barangan berkaitan makanan serta keadaan permintaan yang kukuh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI