fbpx

KJ janji korek parit selesai banjir kilat Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika membuat tinjauan di sekitar Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang yang dilanda banjir petang semalam.

PETALING JAYA – Kerusi Parlimen Sungai Buloh merupakan antara kawasan di Lembah Klang yang terjejas akibat hujan lebat berterusan sehingga beberapa rumah di kawasan sekitarnya dinaiki air semalam.

Namun, situasi itu melegakan penduduk di kawasan tersebut apabila calon heavyweight dari Barisan Nasional (BN) yang bertanding di situ untuk PRU15, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil memberikan bantuan serta menyediakan penyelesaian yang sewajarnya.

Difahamkan, penduduk di kawasan tersebut telah lama terseksa dengan kejadian banjir kilat akibat dari masalah sistem perparitan sejak 15 tahun lalu.

Ada juga dakwaan yang menyatakan wakil rakyat yang diundi sebelum ini tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak sekian lama itu.

Khairy ketika melakukan tinjauan di Kampung Melayu Subang semalam juga telah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut jika terpilih menjadi Ahli Parlimen di situ.

Tinjauan di beberapa media sosial termasuk Facebook dan TikTok, ternyata penduduk di kawasan tersebut sudah lama memerlukan penyelesaian berkenaan banjir kilat yang berlaku.

“Memang banjir ini berlaku lama sebabnya sistem perparitan yang tidak sistematik. Sebelum ini wakil rakyat di sini tidak selesaikan masalah ini.

“Harap sangat siapa yang dipilih terutamanya KJ dapat selesaikan isu ini selepas ini,” jelas BaqiMche.

“Terbaik KJ, kelmarin dia ada cerita pasal masalah banjir kilat di sini. Kebetulan kejadian banjir betul-betul berlaku di hadapan mata dia.

“Terus turun padang, jika tengok kepada kecemerlangan KJ sebelum ini aku yakin dia mampu selesaikan masalah ini,” kata Jo Rishman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI