fbpx

Young Syefura ‘Rara’ keguguran, bayi tidak membesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Young Syefura berkongsi berita sedih keguguran pada akaun Instagram.

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengalami keguguran ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 semalam.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan menerusi akaun Instagram berserta gambar keputusan kit ujian kehamilan berwarna hitam putih.

“Saya ingat, saya ingin umum berita kehamilan saya selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Namun ramai yang perasan serta bertanya dan kemudian mengucapkan tahniah.

“Hari ini ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-33, saya menerima berita duka bahawa saya telah disahkan keguguran,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Young Syefura juga dikenali sebagai Rara memberitahu, kandungannya tidak membesar selepas enam minggu.

“Kandungan ini sepatutnya berusia lapan minggu. Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Young Syefura masih aktif berkempen untuk PRU15 berdasarkan muat naik gambar terkini pada Facebook beliau.

Dalam masa sama, MCA menerusi hantaran Facebook turut berharap beliau tabah mengharungi dugaan tersebut.

“Walaupun kami berbeza pandangan politik, namun kami juga manusia. Semoga beliau tabah hati menghadapi dugaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI