fbpx

Uyaina ‘dibuli’, Mona Allen tempelak netizen biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA Allen bersimpati dengan Uyaina Arshad kerana 'dibuli' netizen yang menegur bentuk badannya kelihatan berisi.

HANYA wanita bergelar ibu yang memahami perasaan seorang ibu lain.

Itu yang ditonjolkan pelakon Mona Allen apabila melihat rakan seperjuangan yang juga hos, Uyaina Arshad ‘dibuli’ netizen.

Semuanya gara-gara pertanyaan seorang pengikut Instagram Uyaina menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi selepas melahirkan anak.

“Lepas bersalin badan semakin berisi. Maaf ya Uyaina,” tulis seorang peminat dalam ruangan Soal dan Jawab dalam Instagram.

Sebagai wanita dan baru saja melahirkan anak, pasti situasi itu turut dirasai Mona.

Maka isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim bertindak menempelak individu itu yang bersikap biadab terhadap Uyaina.

Bagus juga dia menegur individu itu yang disifatkan lancang serta tidak memikirkan perasaan orang lain, lebih-lebih lagi ibu yang baru melahirkan. Lain kali jagalah percakapan ya.

Mizz Lahar: Mizz Lahar perhati saja, seorang pelakon wanita ini perlahan-lahan mula pakai tudung nampak leher.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI