fbpx

The Menu macam Squid Game versi gastronomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THE Menu boleh diibaratkan seperti filem bernuansa ‘Squid Game’ namun dalam pentas kulinari.

BAKAL ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 17 November ini, The Menu ternyata terkandung kualiti tersendiri.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menonton filem arahan Mark Mylod tersebut dan sewajarnya, pujian harus dilayarkan kepada pasukan produksi terutama dari segi naratif, terjemahan karakter dan pengarahan.

Secara peribadi, penulis menyifatkan The Menu sebagai Hunger Games atau Squid Game versi gastronomi.

RALPH Fiennes melakonkan watak cef selebriti berdendam dengan orang kulinari yang tidak menghargai kerjaya tersebut.

Berdurasi 106 minit, pertama sekali, pujian seharusnya dilambungkan bagi aspek lakonan yang secara cemerlangnya dijayakan oleh bintang utama, Ralph Fiennes sebagai Julian Slowik.

Ralph sebagai cef selebriti dalam naskhah berkenaan cukup larut dalam dari segi emosi dan permainan karakter.

Dendam kesumat yang tersemat dalam watak tersebut dicernakan dengan baik. Audiens akan dapat merasai kesakitan dialami Julian yang selama ini mudah diperkotak-katik golongan elit.

Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya. Anya Taylor-Joy sebagai Margot berjaya memainkan peranan tersebut dengan baik.

Elemen misteri dan kejutan pula dialirkan dengan sempurna serta tidak membocorkan kerahsiaan watak atau perjalanan filem yang dijaga rapi sejak dari awal tayangan.

CETUSAN kimia antara dua pelakon berkaliber, Ralph Fiennes dan Anya Taylor-Joy sangat memberi kesan.

Sementara itu, dari segi penceritaan atau plot, The Menu bukanlah karya picisan yang mudah dilontar prediksi.

Penulis secara peribadi, hampir tidak dapat menangkap ‘gist’ cerita yang sebenarnya ingin memberi pengajaran kepada orang-orang kaya yang memandang sebelah mata kerjaya kulinari.

Apa yang dinukilkan pada perenggan ketiga ingin dijelaskan di sini. Itulah yang terdetik dalam fikiran apabila klimaks mula bertemu realiti.

Penulis suka bagaimana Mark Mylod selaku sutradara membangunkan plot tanpa perlu tergopoh-gapah membocorkan ‘tunjang’ cerita dan itulah sepatutnya dilakukan mana-mana pengarah di seluruh dunia.

Tidak kisahlah anda datang dari negara Uncle Sam atau berstatus pengarah domestik mahupun tempatan. Teladani Mark yang bijak mencantumkan plot tanpa merosakkan mood penonton.

ANYA Taylor-Joy sebagai Margot menjayakan watak tersebut dengan cukup cemerlang dalam The Menu.

Dalam pada itu, terselit rasa kagum dengan elemen komedi gelap atau black comedy yang diadunkan bersama nilai seram menerusi filem tersebut.

Akhir sekali, dari segi sinematografi dan efek bunyi juga langsung tidak mengecewakan.

Barangkali ramai yang mempunyai pendapat sendiri namun bagi penulis, The Menu antara karya yang mencuri tumpuan dan wajar diberikan pujian serta perhatian.

Sedikit sebanyak mengingatkan penulis terhadap filem Don’t Look Up yang berjaya dicalonkan dalam Anugerah Academy tahun lalu. Sebuah naskhah mengandungi black comedy yang sangat berkesan buat audiens.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI