fbpx

Thailand umum langkah jimat elektrik, cegah krisis tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI serbaneka yang beroperasi selama 24 jam akan ditutup lebih awal. - Thaiger

BANGKOK – Kementerian Tenaga Thailand bakal melaksanakan peraturan penutupan awal bagi operasi pub, stesen minyak dan kedai serbaneka 24 jam dalam usaha negara itu untuk menjimatkan penggunaan tenaga sekiranya situasi semasa menjadi semakin teruk, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga, Kurit Sombatsiri mendedahkan keputusan mesyuarat mengenai krisis tenaga yang diadakan bersama Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dan Pejabat Dasar dan Perancangan Tenaga (EPPO).

Kurit menjelaskan bahawa kenaikan harga gas asli cecair (LNG) dan nilai mata wang baht yang lemah mungkin meningkatkan kos tenaga pada tahun hadapan. 

Jika perkara itu berterusan, EPPO akan menggesa penduduk untuk membantu menjimatkan penggunaan tenaga, selain merangka langkah dalam menangani krisis tenaga.

Antara 11 langkah yang dicadangkan termasuk mencari lebih banyak sumber tenaga daripada loji kuasa hidro di negara jiran, menyokong sistem sel suria serta meminta kerjasama penjimatan tenaga daripada premis perniagaan dan jabatan perindustrian di negara berkenaan.

Sektor perindusrian dan perniagaan juga akan digesa melaraskan suhu penyaman udara kepada 27 darjah Celsius, menutup stesen minyak sebelum pukul 11 malam, mematikan lampu yang tidak diperlukan seperti di papan iklan serta mengawal tempoh pembukaan pusat beli-belah serta bangunan dan pusat-pusat lain. 

Perkhidmatan perniagaan seperti pusat beli-belah, kedai serbaneka dan tempat hiburan turut akan diminta mematikan pendingin hawa selama 30 hingga 60 minit sebelum waktu penutupan atau ditutup lebih awal.

Industri-industri lain turut akan diminta mencari peranti jimat tenaga untuk meningkatkan kecekapan operasi. Kerajaan dalam masa sama akan membantu setiap perniagaan dengan memberikan maklumat, cadangan dan beberapa dana pelaburan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI