fbpx

Rumah berbentuk kasut sedia untuk ditempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah itu berbentuk seperti kasut kerja. - Haines Shoe House

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Pemilik baharu sebuah rumah berbentuk kasut di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat menawarkan kediaman tersebut untuk disewa sebagai penginapan jangka pendek, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Waylon dan Naomi Brown membeli Rumah Kasut Haines di Hellam Township pada Julai lalu. Dalam hantaran di Facebook, mereka mengumumkan bahawa rumah itu kini tersedia untuk sewaan jangka pendek yang boleh ditempah melalui laman Vrbo.

Rumah itu dibina pada 1948 untuk mempromosikan rangkaian kedai kasut Mahlon Haines. Sejak itu, ia sering bertukar pemilik yang pernah menjadikan hartanah tersebut sebagai suite bulan madu, kedai ais krim dan lokasi tarikan pelancong.

Kini, rumah tersebut diubah suai oleh pasangan Brown dengan tiga bilik tidurnya yang dipenuhi koleksi memorabilia kasut diberi nama Shoelace Space, Instep Suite dan Ankle Abode.

“Kami benar-benar cuba mengekalkan beberapa ciri asal seperti tingkap kaca berwarna untuk memastikan ia bertahan selama bertahun-tahun lagi supaya boleh dinikmati oleh orang ramai,” kata Naomi kepada saluran televisyen WGAL-TV.

Tempahan penginapan yang kini tersedia sehingga akhir tahun ini bermula pada harga AS$269 (RM1,270) semalaman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI