fbpx

Roberto Firmino kecewa diketepikan daripada Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRMINO kecewa dengan keputusan Tite kerana Piala Dunia kali ini dianggap penampilan terakhirnya memandangkan usianya sudah menjangkau 31 tahun.

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Roberto Firmino tanpa berselindung meluahkan kekecewaan selepas dia diketepikan daripada skuad Brazil yang akan beraksi pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar hujung bulan ini.

Dia yang memiliki sejumlah 55 kaps bersama Brazil telah diketepikan ketua jurulatih, Tite selepas beliau memilih untuk membawa skuad le­bih muda dengan menyenaraikan Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli, Antony dan Raphinha.

Firmino difahamkan kecewa dengan keputusan yang dibuat Tite kerana Piala Dunia kali ini boleh dianggap sebagai penampilan terakhirnya dalam kejohanan paling berprestij itu memandang­kan usia sudah menjangkau 31 tahun.

“Terima kasih kepada semua peminat yang memberikan kata-kata semangat atas keputusan mengecewakan ini. Piala Dunia adalah impian semua pemain bola sepak, termasuk diri saya sendiri.

“Keputusan semalam (kelmarin) bukanlah sesuatu yang saya impikan selama ini. Bagaimanapun, saya masih boleh berbangga kerana pernah diberikan pe­luang beraksi dalam Piala Dunia,” katanya menerusi laman Instagram.

Meskipun Firmino sudah menjaringkan tujuh gol buat pa­sukan Brazil setakat ini, namun Tite mengambil keputusan untuk menyenaraikan jentera serangan lebih muda dengan Neymar satu-satunya penyerang berusia lebih 25 tahun.

Ketiadaan pemain The Reds itu pasti menimbulkan rasa tidak puas hati oleh sebahagian besar penyokong Brazil memandangkan aksi Firmino cukup cemerlang musim ini apabila sudah menjaringkan lapan gol dalam 19 penampilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI