fbpx

PRU15: Tumpang populariti ibu, buat Reezal Merican dikenali ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (bertopi merah) berbual dengan Chambee Hassan ketika melawat warga emas itu di rumahnya di Kampung Paya Keladi Masjid, Kepala Batas, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebahagian generasi emas khususnya di sekitar Kampung Paya Keladi di sini sudah mengenalinya sewaktu kecil.

Justeru, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu sejak dua penggal lalu meluahkan kegembiraan apabila berpeluang menjenguk golongan itu termasuk rakan kepada arwah ibunya, Habsah Che Din.

“Dulu, saya dikenali sebagai anak kepada Misi Besah (nama panggilan untuk arwah ibu Reezal Merican yang bertugas sebagai jururawat ketika itu). Jadi, orang tahu ini (beliau) anak kepada Misi Besah.

“Barangkali, ia (populariti arwah ibu) membolehkan saya menumpang kepada sedikit keupayaan sekali gus membuka ruang bantuan untuk saya lebih dikenali,” katanya selepas melakukan program Ziarah Kasih terhadap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Kampung Permatang Tinggi B dan Kampung Paya Keladi Masjid, Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican menganggap perjalanan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beliau di Kepala Batas setakat ini amat memuaskan.

“Mereka (pengundi serta penduduk setempat yang ditemui) tak ada buat apa-apa permintaan sangat. Mereka cuma nak tengok wajah saya (turun padang) kerana pembangunan di Kepala Batas ini sebenarnya agak pesat.

“Walaupun (tinggal) di kampung, mereka berada tidak jauh dari pusat bandar dan ini menjadikan mereka berasa cukup dalam kehidupan mereka,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI