fbpx

PRU15: Tok Pa tetap berkhidmat, jaga penduduk Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kanan) menanam pokok sebagai gimik perasmian Program Penanaman Pokok Herba Bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di Perkampungan Orang Asli Sungai Rual, Jeli hari ini.

JELI – Meskipun membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berjanji akan terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan tersebut.

Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, berkata, beliau ketika ini masih menggalass tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas dan akan tetap menjaga kebajikan penduduk di situ.

“Walaupun saya tidak bertanding pada PRU15, saya masih lagi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas. Saya akan menjaga semua penduduk di sini sampai bila-bila.

“Saya sudah jaga penduduk di sini sejak 1994 dan pulang ke kawasan setiap minggu untuk melaksanakan Program Pembasmian Miskin Tegar yang turut dijalankan di seluruh negara,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Penanaman Pokok Herba Bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di Perkampungan Orang Asli Sungai Rual di sini hari ini.

Menurut Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), beliau tidak akan melupakan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut kerana mereka amat dekat dengan dirinya.

Katanya, masyarakat Orang Asli akan terus dibela bagi memastikan mereka mendapat segala kemudahan disediakan oleh kerajaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mustapa mengesahkan beliau tidak bertanding pada PRU15 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI