fbpx

[VIDEO] PRU15: Saya tahu kena keluar Parlimen Rembau – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri) beramah mesra bersama kakitangan SME Aerospace Sdn. Bhd. di Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui beliau perlu melakukan inisiatif sendiri demi memastikan kedudukannya dalam politik kekal stabil.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, beliau sendiri bertemu dan berbincang dengan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Vigneswaran untuk bertanding di Sungai Buloh.

“Tiada lagi pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi apa-apa isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan saya ditinggal begitu sahaja.

“Saya tahu saya kena keluar dari Parlimen Rembau, jadi pada waktu saya tidak ada pilihan. Saya perlu lakukan sesuatu untuk diri saya. Saya ambil inisiatif untuk berjumpa Tan Sri Noh Omar dan Vicky (Vigneswaran).

“Semasa itu sudah tak banyak kerusi (Parlimen) yang kosong, hanya dua tiga kerusi yang tinggal. Saya kata tak apalah saya pilih Sungai Buloh. Nak kata dari awal saya pilih bukan saya memang tunggu isyarat daripada pucuk pimpinan tetapi tidak ada apa-apa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjawab isu adakah Khairy Jamaluddin membelakangkan Presiden BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau memberitahu, ia tidak sepatutnya timbul kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan.

“Macam mana pula saya membelakangkannya (Ahmad Zahid). Saya tidak diberi apa-apa isyarat dan tidak dijemput untuk berbincang jadi dalam keadaan tarikh penamaan calon semakin hampir, saya kena buat sesuatu untuk diri saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI