fbpx

PRU15: Pulau Pinang juga umum cuti khas 18 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang turut mengambil langkah mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November ini, sehari sebelum hari pengundian berlangsung.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cuti khas negeri itu adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November (Sabtu), kerajaan negeri Pulau Pinang dengan ini bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November (Jumaat),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengumumkan 18 November sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat di negeri berkenaan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI