fbpx

PRU15: PN mimpi di siang hari ingin Muhyiddin jadi PM kali kedua – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melambai mesra kepada jentera parti ketika tiba di PDM Bukit Terendak di Melaka, hari ini. Pix/AMRAN MULUP

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) bermimpi di siang hari sekiranya mengharapkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kali kedua seperti mana ‘bosnya’ sewaktu dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sindiran itu dilontarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kegagalan PN dalam mentadbir negara selama 17 bulan di bawah kepemimpinan Muhyiddin.

“Jika ada yang berniat untuk jadi Perdana Menteri kali kedua seperti bos dia yang jadi Perdana Menteri kali kedua selepas 22 tahun, selepas itu 22 bulan, maka parti itu hanya mimpi di siang hari.

“Rugilah jika mereka tidak pernah menyesal memilih PH, jika kali ini memilih PN kerana rekod pencapaian 62 tahun memerintah bermula daripada Perikatan, diikuti BN dan kemajuan negara ini adalah atas sokongan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak dan Pelancaran BN Comm Tangga Batu di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, di bawah pentadbiran Muhyiddin juga, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang menggantung Parlimen kononnya kerana pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, calon BN kerusi Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, buat kesekian kalinya, pendirian parti kekal menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

“Apabila UMNO membuat keputusan, BN buat keputusan, kita akan terus komited menentukan bahawa Perdana Menteri kita adalah yang sedang menjalankan tugas dengan baik di Putrajaya ketika ini.

“Jangan timbul spekulasi, jangan timbul ramalan, jangan cucuk-mencucuk di kalangan kami, we have no problem at all,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI