fbpx

PRU15: PM yakin BN menang PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Bor di Dewan Belia Kampung Batu Bor di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan sokongan semasa Barisan Nasional (BN) dilihat mampu menang seterusnya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, berdasarkan laporan terkini BN mampu mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen seterusnya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

“Tadi saya bermesyuarat dengan Top 5, kita dapati laporan terkini menunjukkan perkembangan positif kita sedang mendahului dan yakin menang PRU15.

“Bagaimanapun kita memerlukan sokongan rakan kita di Sabah dan Sarawak untuk kita menguatkan lagi kerajaan yang akan dibentuk selepas ini.

“Walaupun 112 kerusi itu sudah boleh membentuk kerajaan dan tiada lagi lompat parti selepas akta lompat parti diluluskan, namun kita mahukan kerajaan yang kuat demi kemakmuran dan kestabilan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Bor di Dewan Belia Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Menurutnya keyakinan itu bersandarkan kepada mood rakyat terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India yang kembali memberikan sokongan kepada BN.

Bagi sokongan penduduk luar bandar, Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera berkata, kawasan itu sentiasa menjadi deposit tetap kepada UMNO dan BN.

“Saya lihat pengundi-pengundi bandar juga dilihat bersama kita termasuk peniaga kerana banyak insentif diberikan kerajaan kepada mereka.

“Mereka membuat perbandingan sewaktu Pakatan Harapan (PH) dan BN, mereka lebih yakin BN mampu untuk mampu untuk membawa negara ke tahap lebih baik berbanding ketika PH memerintah,” katanya.

Mengulas sokongan pengundi muda pada usia 18 hingga 20 tahun, beliau berkata, BN sedang mendekati golongan itu kerana ramai yang tidak sedar mereka layak mengundi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

“Kita mempunyai senarai pengundi-pengundi muda terbabit dan kita akan mendekati mereka supaya bukan sahaja keluar mengundi PRU15 ini malah mengundi BN,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI