fbpx

PRU15: PM setuju agih laptop percuma kepada M40 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Perasmian PDM Terendak Permai dan Pelancaran BN Com Tangga Batu, Melaka, hari ini. Pix/AMRAN MULUP

MELAKA – Tawaran pemberian komputer riba secara percuma kepada anak-anak golongan M40 oleh Barisan Nasional (BN) telah dipersetujui Perdana Menteri sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu telah dicapai secara dasar dalam pertemuannya bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.

“Atas persetujuan Perdana Menteri yang telah berjumpa dengan saya pagi tadi, beliau pada dasarnya telah bersetuju untuk pembahagian komputer riba kepada anak-anak dalam kumpulan M40 di seluruh negara.

“Walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto (BN), anak-anak yang belajar ini akan diberikan komputer riba secara percuma,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Daerah Mengundi (PDM) Terendak Permai dan Pelancaran BN Com Tangga Batu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya diberikan mandat, parti itu juga akan menyediakan skim khas kepada penggerak industri gig negara untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Anak-anak muda yang baru tamat pengajian sekolah dan berhajat untuk menyambung pelajaran, apatah lagi yang bekerja dalam sektor gig, penghantar makanan dan sebagainya, satu skim khas akan diberikan.

“Untuk anak-anak muda yang tidak masuk ke pusat pengajian tinggi kita telah merancangkan latihan kemahiran diberikan kepada mereka dan tentunya peluang pekerjaan akan diberikan dengan seluasnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI