fbpx

PRU15: Pengundi Titiwangsa diingat tidak buat kesilapan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) beramah mesra bersama pengundi Titiwangsa ketika berkempen di kerusi parlimen itu semalam

KUALA LUMPUR- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi peringatan kepada pengundi di kerusi berkenaan agar tidak melakukan kesilapan buat kali kedua ketika memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Johari, beliau tidak sesekali pernah menyalahkan pengundi yang ingin beralih tawaran lebih menarik, namun mereka dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan menilai terlebih dahulu janji yang ditawarkan mana-mana calon bertanding.

“Kali ini saya janji saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Shah Alam (Khalid Abdul Samad) pun sudah lari, sekarang mahu datang ke tempat ini, satu kali cuba ‘okay’, dua kali mati.

“Kalau tidak mahu mati, jangan cuba kali kedua” katanya ketika berceramah kepada pengundi di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Pandan Mas 2 di sini malam tadi.

Peringatan itu dilontarkan Johari kepada pengundi Titiwangsa berikutan janji manis dibuat Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 sekali gus menyebabkan rakyat terperdaya dan kerajaan BN tumbang selepas 62 tahun memerintah.

Pada masa sama, Johari turut menjawab kenyataan calon PH yang mengatakan penduduk di situ beruntung jika mengundinya kerana terdapat dua pemimpin yang boleh bekerja untuk rakyat.

“Macam mana mahu jadi Ahli Parlimen, tetapi tidak mahu jaga rakyat? Jangan sampai ditipu dua kali. Kalau proses pemilihan pemimpin ini, ia memerlukan peranan daripada pengundi untuk menilai pemimpin.

“Tetapi sebelum menjalankan tanggungjawab, fikir dulu baru undi. Kalau tidak, undi dulu baru fikir, salah pilih kena tunggu lima tahun. Itu yang XL tukar jadi M,” katanya.

Khalid sebelum ini membuat kenyataan bahawa pengundi Titiwangsa beruntung jika memilihnya sebagai wakil rakyat kerana terdapat dua individu yang akan bekerja untuk rakyat.

Keadaan itu berikutan Johari yang dilihat suka membantu rakyat meskipun kalah pada PRU14. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI