fbpx

PRU15: KJ minta bertanding di Sungai Buloh- Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mengadakan lawatan ringkas di Command Center BN Parlimen Titiwangsa di sini malam tadi.

KUALA LUMPUR- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan untuk mencalonkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh dibuat selepas Menteri Kesihatan itu membuat permintaan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, keputusan untuk mencalonkan beliau di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan hasrat Khairy sendiri.

“Dia (Khairy) yang minta kerusi Parlimen itu. Dia minta kerusi diberikan kepadanya. Sebab itu, saya endorse (menyokong) dia,” katanya ringkas selepas melawat Command Center BN Parlimen Titiwangsa di sini malam tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, Ahmad Zahid, bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berhubung kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa hasrat tersebut tidak akan tercapai dalam masa terdekat.

“Ia bergantung pada pilihan raya berikutanya,” jelasnya ringkas.

Kosmo! hari ini melaporkan hasrat Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin parti UMNO pada suatu hari nanti.

Khairy sebelum ini dia tidak pernah meluahkan perkara tersebut, namun kali ini dia secara terang-terangan menyatakan hasrat berkenaan di hadapan pengundinya ketika berkempen di Sungai Buloh.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan-rakan, suatu hari nanti saya nak pimpin UMNO, satu hari nanti saya mahu jadi Perdana Menteri kamu untuk kita bangunkan negara ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI