fbpx

PRU15: Janji RM50 bilion Mat Sabu tidak lojik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Weshal (kanan) dan Kajendran (tengah) pada sidang akhbar di Taman Maznah Kota Raja hari ini.

KLANG – Janji calon Parlimen Kota Raja dari Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu atau Mat Sabu untuk mengatasi masalah banjir di kawasan parlimen tersebut dengan kos RM50 bilion dianggap sebagai sesuatu yang tidak logik.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad, kos setinggi itu menunjukkan Mat Sabu bercakap semberono tanpa ada asas dan fakta yang kukuh.

“Sebenarnya Projek Canal City untuk mengatasi masalah banjir telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007.

“Kos yang ditetapkan adalah RM3 bilion sahaja. Bagaimana Mat Sabu boleh meletakkan bajet sehingga RM50 bilion,”katanya pada sidang akhbar bersama Calon BN Parlimen Kota Raja, D.Kajendran di Taman Maznah hari ini.

Sheikh Weshal berkata, Canal City adalah projek pengaliran 30 peratus air Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak yang telah dibatalkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Sementara itu, Kajendran berkata, manifesto RM50 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir tersebut sepatutnya bersandarkan fakta bukan disebut tanpa sebarang data sokongan.

“Mat Sabu turun padang dan terus mengumumkan sesuatu tanpa memikirkan implikasi kewangan kepada negara.

“RM50 bilion bukan suatu jumlah yang sedikit. Berapa jumlah kosong ada di belakang, adakah dia sedar,”katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pemimpin PH berhenti berjanji bulan dan bintang kepada pengundi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI