fbpx

Penunjuk perasaan baling telur pada Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Charles III bertindak balas selepas telur dibaling ke arahnya semasa acara di Micklegate Bar di Yorkshire semalam. - AFP

LONDON – Seorang penunjuk perasaan ditahan kerana membaling telur ke arah Raja Charles III dan isteri, Queen Consort Camilla semasa lawatan diraja di Yorkshire, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam.

Polis Yorkshire Utara berkata, lelaki berusia 23 tahun itu diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam dan masih dalam tahanan.

Dia dilaporkan menjerit ‘negara ini (Britain) dibina menggunakan darah hamba-hamba’, sambil membaling telur tetapi tiada satu pun mengena pasangan monarki itu.

“Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam susulan insiden di Micklegate, Yorkshire. Dia masih dalam tahanan polis,” kata Polis Yorkshire Utara dalam satu kenyataan.

Polis tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

Video kejadian memaparkan telur-telur itu tidak mengenai sasaran, manakala orang ramai mula mencemuh dan mejerit: “Tuhan selamatkan Raja.”

Raja Charles III tidak terkesan akibat serangan itu dan terus berjabat tangan dengan orang ramai. Baginda berada di Yorkshire dalam satu majlis rasmi yang mengalu-alukan kedatangan monarki Britain di bandar itu.

Menurut Badan Penyiaran Britain (BBC), saksi kejadian iaitu Kim Oldfield berkata, Queen Consort Camilla sedikit tersentak apabila ejekan bermula tetapi polis meleraikan kejadian dengan pantas.

Peranan Britain dan keluarga diraja dalam isu perdagangan hamba telah dibangkitkan di beberapa negara di mana Raja Charles II kekal sebagai ketua negara. 

Semasa Putera William dan isteri, Catherine melakukan lawatan ke Carribean awal tahun ini, aktivis-aktivis di sana menggesa monarki Britain memohon maaf berhubung isu perdagangan hamba.

Ratu Elizabeth II pernah menjadi sasaran balingan telur ketika baginda melakukan lawatan ke Auckland, New Zealand pada 1986. Dua wanita muda yang menyamar sebagai pegawai kawalan orang ramai melemparkan ‘telur bertubi-tubi’ dan mengotori kot baginda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI