fbpx

Norreen Iman pesan ‘influencer’ jangan bongkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAN Norreen Iman, golongan pesohor media sosial jangan sombong jika mahu bertahan lama dalam industri.

PERNAH duduk di posisi ‘influencer’ atau pesohor media sosial, Norreen Iman yang kini bergelar pelakon nyata tidak lokek berkongsi tip untuk bertapak dalam dunia seni.

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu berpesan jangan sombong dengan orang selain perlu pandai menyesuaikan diri.

Katanya, walaupun dia nampak kasar dalam media sosial, hakikatnya itu bukan sikap sebenar dirinya.

Tidak hairan wanita berusia 28 tahun itu cukup disenangi ramai bukan saja mereka yang pernah bekerja dengannya, malah peminat.

Pada masa sama Norreen sempat berpesan kepada rakan seperjuangan yang ingin bergelar anak seni supaya mudah memberikan kerjasama kepada media untuk diwawancara.

Pelakon itu mendedahkan ada juga dalam kalangan influencer yang bertanyakan soal bayaran apabila mahu ditemu bual.

Mizz Lahar: Harap tiada ‘influencer’ ikut jejak sepasang suami isteri yang mengelak ditemu bual dengan beri alasan sama sejak bertahun lalu iaitu mahu ke klinik. Luculah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI