fbpx

Mayat wanita dibunuh ditemui dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SANDAKAN – Polis Sandakan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan polis berkaitan penemuan seorang wanita yang ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah kediaman di kawasan Batu 6, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat pukul 11.47 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun juga ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu termasuklah hubungan mangsa dengan lelaki yang ditahan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Fuad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI