fbpx

Mahkamah: Penarik kereta rompak kedai emas dipenjara sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Arif (tengah) dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan kerana merompak sebuah kedai emas di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara merompak sebuah kedai emas tujuh tahun lalu, seorang penarik kereta dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan demikian selepas Muhammad Arif Ramli, 34, selepas mendapati tertuduh bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merompak pelbagai jenis barangan kemas bernilai keseluruhan kira-kira RM70,000.

Muhammad Arif didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai emas di Dataran Austin, Gong Badak, Kuala Nerus pada pukul 1 tengah hari, 13 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Nooriah menetapkan hukuman penjara dihadapi Muhammad Arif bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Julai 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI