fbpx

Lima nelayan asing dicekup ceroboh di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima warga asing yang ditahan APMM di Pulau Jarak, Lumut semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan asing (BNA) dari Indonesia di sekitar 17 batu nautika utara Pulau Jarak di sini pada pukul 1 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot berkenaan ditahan kerana dikesan telah berada di perairan Malaysia ketika melakukan aktiviti perikanan dengan menggunakan bot rawai.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan dikendalikan oleh lima kru, termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan umur 21 hingga 49 tahun.

“Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah memasuki perairan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hambali berkata, bot beserta kru telah ditahan dan 40 kilogram ikan campur dirampas untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI