fbpx

Lelaki ditahan mengamuk dalam mesyuarat parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan dalam satu mesyuarat parti politik dengan bertindak menterbalikkan meja dan mengugut memukul pengerusi mesyuarat di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam di pejabat parti di kawasan pentadbiran Melaka Tengah.

“Semalam kita telah menahan seorang lelaki selepas menimbulkan kekecohan dengan menterbalikkan meja, kerusi dan mengoyakan kain rentang.

“Suspek juga mengancam akan memukul pengerusi mensyuarat ketika perbincangan sedang dijalankan di pejabat itu di Melaka Tengah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan berkaitan khianat dan ugutan.

“Setakat hari kelima kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung, kontinjen Melaka telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes khianat,” ujarnya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, polis Melaka membuka satu kertas siasatan berkaitan jenayah khianat mencabut bendera parti pada hari ketiga tempoh berkempen PRU15.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila terdapat bendera parti dicabut dan dicampakkan di atas jalan raya di dalam daerah Melaka Tengah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI