KEMAMAN – Seramai 20 pekebun kecil berputih mata menyaksikan lebih 700 pokok kelapa sawit, kelapa dan pisang diusahakan mereka musnah dikerjakan gajah liar di Bandar Baru Cheneh di sini pada kelmarin.
Serangan haiwan liar terbabit pada awal lagi itu menyebabkan pekebun terbabit kerugian puluhan ribu ringgit.
Seorang pekebun, Ramli Jusoh, 63, berkata, dia yang ke kebun seperti biasa pada pagi kelmarin terkejut melihat banyak pokok kelapa sawit dan kelapa yang diusahakanya sejak lima tahun lalu tumbang menyembah tanah.
“Saya mengetahui ia angkara kumpulan gajah apabila melihat banyak najis haiwan liar itu berselerak di dalam kawasan kebun.
“Hancur hati, lembik lutut saya kerana kebanyakan tanaman itu hanya menunggu masa untuk dituai hasilnya,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Bandar
Baru Cheneh dk sini hari ini.
Ramli berkata, dia yang berhabis ribuan ringgit mengusahakan kebun tersebut sedih tidak dapat menikmati hasil titik peluhnya.- KOSMO! ONLINE