fbpx

Kahwin lewat punca kadar kesuburan wanita menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tangguh kahwin atau berkahwin lewat dikesan sebagai antara faktor penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi wanita di Malaysia sejak lima dekad lalu.

KKJ merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang wanita terus hidup hingga akhir tempoh umur reproduktifnya iaitu antara usia 15 hingga 49 tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Maziah Che Yusoff berkata, jika trend itu berterusan, kadar pertumbuhan tahunan penduduk akan berterusan menurun hingga paras 0.7 peratus pada 2050.

Beliau berkata, tangguh kahwin atau berkahwin lewat menyebabkan tempoh reproduktif menjadi lebih pendek sekali gus cenderung untuk mempunyai saiz keluarga yang kecil.

“KKJ di Malaysia telah menurun dengan pesat daripada 6.7 anak bagi seorang wanita pada 1957 kepada 4.0 anak pada 1980, 3.0 anak (2000), 2.1 anak (2010) dan 1.7 anak (2021).

“Penurunan kadar kesuburan ini sekali gus mempercepat proses penuaan penduduk di Malaysia dan dijangka 15 peratus penduduk Malaysia adalah berusia 60 tahun ke atas pada 2030,” katanya ketika berucap secara dalam talian sempena Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS 22), hari ini.

Maziah berkata, jika KKJ itu terus menurun, penduduk Malaysia akan mencapai jumlah maksimum penduduk seramai 46 juta orang pada 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk pada 2072.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI