fbpx

Gadis dikecam kereta dipandu terbabas dalam sungai selepas lulus ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARNELL kemalangan selepas dua bulan lulus ujian memandu. - Jam Press

LONDON – Seorang gadis di Britain menjadi mangsa kecaman netizen kerana memandu kereta sehingga terbabas ke dalam sebatang sungai selepas lulus ujian memandu, lapor akhbar New York Post semalam.

Video kemalangan kereta itu mendapat 2 juta tontonan di TikTok sebelum dipadamkan.

“Hanya kerana anda lulus ujian memandu dengan baik, ia tidak bermakna anda seorang pemandu yang hebat,” kata Leia Darnell, 18, kepada laman berita NeedToKnow.online mengenai kemalangan itu.

Leia yang berasal dari bandar Oxford, teruja memandu kereta Volkswagen Polo miliknya selepas lulus ujian memandu dua bulan lalu dengan hanya membuat satu kesalahan kecil.

Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api bersama teman lelakinya, gadis itu memandu pulang ke rumah dalam keadaan cuaca gelap dan hujan.

Kemalangan berlaku selepas kereta dipandu Darnell hilang kawalan ketika melepasi selekoh tajam dan menjunam ke dalam air, lapor agensi berita Jam Press.

“Kami tersasar ke tebing sungai, perkara yang saya ingat ketika itu adalah terdapat pokok di hadapan. Kami kemudian menjunam ke dalam air.

“Saya sangat terkejut dan takut sehingga tidak sedar teman lelaki saya menjerit bahawa kereta kami berada di dalam air,” katanya.

Mereka berjaya menendang pintu kereta dan berenang untuk menyelamatkan diri. Leia kemudian menghubungi polis, yang memberitahu mereka bahawa situasi akan menjadi lebih berbahaya sekiranya kereta itu terbalik.

Leia bersyukur kerana masih hidup. Walaupun nyaris meninggal dunia, dia masih memiliki keyakinan untuk terus memandu kereta. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI