fbpx

Dua beranak didakwa jual 3,000 sotong ring tanpa label

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hun Poe (depan) dan Zhi Xiong (belakang) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Dua beranak didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menjual 3,000 gegelang sotong (sotong ring) sejuk beku tanpa pelabelan lengkap di sebuah pasar raya, Mac lalu.

Khor Hun Poe, 59, dan anaknya Khor Zhi Xiong, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Kedua-dua mereka didakwa secara bersama selaku penjual borong telah menjual barang tersedia-bungkus iaitu 3,000 unit “Frozen Squid Ring” yang tidak melekatkan pembalut dengan label butiran seperti nama dan alamat pengimport kepada sebuah pasar raya terkemuka di daerah ini.

Kesalahan itu dilakukan pasar raya yang terletak di Seksyen 15 pada 28 Februari lalu.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 57(b) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Khatijah Abdul Rajah menawarkan jaminan masing-masing OKS sebanyak RM10,000 bersama penjamin.

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 8 Disember depan.

Media sebelum ini melaporkan penualaran gambar gegelang sotong (sotong ring) di media sosial yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi.

Bagaimanapun KPDNHEP mengesahkan tiada asid deoksiribonukleik (DNA) babi hasil keputusan daripada Jabatan Kimia. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI