fbpx

Bapa nafi Xiao Tong, Luhan bakal kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA Xiao Tong menafikan laporan mengatakan dia bakal mengahwini Luhan tidak lama lagi.

BERITA mengenai pelakon China, Guan Xiao Tong yang dikatakan bakal mengahwini ahli kumpulan EXO, Luhan dinafikan oleh keluarga aktres itu.

Menurut bapa Xiao Tong, Guan Shaozeng, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan menegaskan dia akan membuat pengumuman jika anaknya bakal berkahwin.

“Sangat tidak masuk akal. Kalau benar Xiao Tong dan Luhan akan berkahwin, mereka pasti memberitahu semua orang memandangkan itu adalah perkara yang baik,” ujarnya.

Malah, terdapat juga khabar angin mengatakan Xiao Tong menerima hadiah pertunangan sebanyak AS$14 juta dolar (RM66.07 juta) daripada Luhan.

Laporan tersebut juga disangkal keras Shaozeng kerana jumlah yang tidak masuk akal.

“Bagaimana kami ingin meminta AS$14 juta sebagai hadiah pertunangan? Kami hanyalah orang biasa.

“Bagaimana kami mahu kahwinkan anak kalau meletakkan harga yang tinggi.

“Berita mengenai pihak saya mahu nilai tersebut sebagai hadiah perkahwinan tidak benar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI