fbpx

Amiruddin mahu sumbang gaji untuk komuniti Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika membentangkan Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad 5 Tahun di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak hari ini.

GOMBAK – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari akan menyumbangkan kesemua gaji sebagai Ahli Parlimen untuk Dana Komuniti Gombak jika dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Jelas Menteri Besar Selangor itu, beliau bertekad untuk membantu masyarakat Gombak di samping dibantu derma pihak swasta jika masih kekal sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan jawatan dalam pentadbiran negeri.

“Dana Komuniti Gombak ini adalah salah satu usaha di mana saya akan menyumbangkan gaji saya sebagai Ahli Parlimen ke dalam dana ini jika masih kekal sebagai ADUN dan jawatan dalam pentadbiran negeri serta tiada apa-apa tanggungjawab di peringkat persekutuan.

“Keseluruhan gaji ini saya akan letak dalam dana dan saya akan menjemput pihak swasta serta mereka yang ingin menyumbang bagi digunakan untuk infrasruktur, prasarana dan kemudahan lain di parlimen ini,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas mengumumkan Deklarasi Gombak sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI