fbpx

Wanita pecah rekod dunia lakukan 23 ‘bungee jumping’ dalam sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Potgieter melakukan cubaan memecah rekod itu di jambatan tertinggi di Afrika Selatan, Jambatan Bloukrans. - Guinness World Records

CAPE TOWN – Seorang wanita dari Afrika Selatan memecah Guinness World Records selepas melakukan terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ selama 23 kali dalam masa satu jam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Linda Potgieter, 50, melakukan cubaan memecah rekod dunia itu di jambatan tertinggi di Afrika Selatan iaitu Jamba­tan Bloukrans (216 meter) me­rentasi Sungai Bloukrans.

Percubaannya itu turut dirakam untuk episod siri e-­televisyen, Stumbo Record Breakers.

Wanita itu turut mengatasi rekod sebelumnya yang dicipta oleh Veronica Dean pada 2003, juga dari Afrika Selatan. Dean melakukan 19 terjun lelabah dalam masa satu jam di lokasi sama.

Menurut Potgieter, dia bersiap sedia untuk melakukan rekod tersebut dengan bantuan jurulatih, Eugene Eloff yang melaksanakan rejim latihan yang ketat bagi meningkatkan keupayaan kecergasannya ke tahap tertinggi.

Meskipun melakukan latihan di gimnasium, Eloff me­ngaku bahawa cabaran tersebut memerlukan 90 peratus kekuatan mental dan hanya 10 peratus kekuatan fizikal.

“Kita boleh melakukan apa sahaja jika meletakkan keazaman yang kuat dalam minda,” kata Potgieter.

Wanita berkenaan turut me­ngucapkan terima kasih kepada pasukannya yang dengan tangkas menariknya ke atas jambatan selepas setiap terjunan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI