fbpx

[VIDEO] Lelaki berjaket ragut penumpang Myvi dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek meragut telefon bimbit milk seorang wanita di Jalan Genting Klang, Setapak.

KUALA LUMPUR – Lelaki warga tempatan yang terlibat dalam kejadian ragut melibatkan seorang wanita di dalam sebuah Perodua Myvi di Jalan Genting Klang, Setapak berjaya di tahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa wanita terbabit telah tampil membuat laporan polis pada 5 November lalu dan perkara itu telah disahkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Susulan laporan itu katanya, polis berjaya menangkap suspek utama, yang juga lelaki warga tempatan sekitar pukul 11.30 malam semalam.

“Mangsa berada di dalam kereta bahagian penumpang hadapan dan berhenti di lampu isyarat, ketika itu cermin tingkap dalam keadaan terbuka.

“Suspek yang berusia 32 tahun tersebut dari arah belakang dengan menaiki sebuah motosikal terus meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pihaknya berjaya merampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit dan suspek kini  direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin minggu.

Terdahulu katanya, polis mengesan video berdurasi 7 saat yang memaparkan kejadian ragut berkenaan di aplikasi TikTok kira-kira pukul 10 pagi tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI