fbpx

Tiga penghuni asrama anak yatim dilaporkan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan polis masih berada di lokasi Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, Jalan Scotland. - Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang cedera dalam kejadian runtuhan bumbung asrama malam tadi kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketiga-tiga mangsa berusia 8, 10 dan 13 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berlaku kira-kira pukul 9.45 malam tadi dan lokasi kejadian merupakan bangunan asrama yang menempatkan anak yatim perempuan Islam berusia tujuh hingga 18 tahun.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat 30 anak yatim perempuan dari tahun satu hingga ke tingkatan enam di bangunan berkenaan.

“Runtuhan berlaku melibatkan asrama tempat tidur mereka. Semasa kejadian, ada tiga budak di dalam asrama sedang berehat manakala yang lain sedang tuisyen dan ada yang ambil makanan.

“Tiga mangsa tersebut telah diselamatkan warden dan pelajar-pelajar. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini tadi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, setakat ini hanya mangsa berusia 13 tahun mengadu sakit pada bahagian belakang, mangsa berumur 10 tahun pula pada tengkuk manakala lapan tahun hanya cedera ringan.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kesemua penghuni asrama berkenaan akan ditempatkan sementara di Wisma Yatim Lelaki Pulau Pinang di Air Itam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI