fbpx

K2

Strategi berbeza pemasaran calon PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARA memasarkan calon memainkan peranan penting terhadap pemilihan khalayak pada hari mengundi. – Gambar hiasan

TERDAPAT perbezaan antara aktiviti mempromosi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan memasarkan produk.

Kedua-duanya memerlukan strategi yang berbeza.

Ketahui cara memasarkan calon khususnya sepanjang PRU15 ini agar sasaran pasaran berjaya dipengaruhi dengan lebih baik.

Mereka yang terlibat dalam proses mempromosikan calon pilihan raya kali ini mungkin sedar bahawa terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran yang boleh digunakan.

Ia bagi mencipta jenama buat calon-calon pilihan raya yang mereka wakili.

Jenis strategi pemasaran yang mereka gunakan dipengaruhi oleh matlamat dan khalayak sasaran.

Bagaimanapun, ia juga akan dipengaruhi oleh jenis produk atau perkhidmatan yang cuba dipromosikan.

Tidak semua strategi pemasaran dicipta sama.

Sebagai contoh, terdapat perbezaan antara pemasaran produk dan perkhidmatan. Kedua-duanya memerlukan strategi yang berbeza.

Adakah calon pilihan raya perlu dipasarkan sebagai perkhidmatan atau produk? Apakah pula strategi yang menjadi pilihan pakar strategi calon yang diamanahkan?

Terlebih dahulu pakar strategi perlu memahami dan menyatakan perbezaan antara pemasaran produk dan perkhidmatan.

Ini dapat membantu mereka memasarkan calon-calon dengan lebih baik, sama ada ingin memasarkan calon sebagai penawaran produk, perkhidmatan atau kedua-duanya sekali.

Jika calon pilihan raya ditonjolkan sebagai produk, ia lebih mudah untuk dipasarkan.

Wakil boleh menonjolkan personaliti dan karisma hebat yang dimiliki oleh calon pilihan raya.

Jika dilihat dan dipaparkan secara fizikal, ia lebih mudah untuk khalayak memahami dari segi nilai.

Sama ada benar-benar berlaku atau tidak selepas khalayak membuat pilihan, ia sangat sukar untuk diperkatakan.

Sebagai contoh, calon yang kacak tidak semestinya bijak, walaupun pakar strategi menggunakan perwatakan untuk menilai kemampuannya.

Tambahan pula, pengundi pada hari ini mempertimbangkan semua perkara berdasarkan teknologi maya dengan produk dan perkhidmatan semakin terjalin.

Walau apa pun, pakar strategi harus mencari pasaran sesuai untuk produk mereka dan mempromosikannya dengan cara terbaik bagi mendapatkan respons daripada khalayak sasaran.

Harus diingat bahawa produk yang dibawa kekal sama tanpa mengira golongan khalayak yang disasarkan.

Ia boleh ditolak jika khalayak tidak berpuas hati atau pakar strategi gagal mengaitkan ciri produk dengan keperluan mereka.

Bagi yang ingin memasarkan calon berasaskan perkhidmatan, mereka perlu faham kelemahannya iaitu ia sukar dilihat, dijelaskan dan dinilai sekiranya calon itu baru sahaja membuat penampilan.

Ini kerana perkhidmatan adalah salah satu elemen yang tidak ketara, sukar untuk ditunjukkan, mencipta dan menonjolkan nilai.

Jika pemasaran ini dapat dilakukan ia sangat berbaloi.

Perkara yang pakar strategi perlu ingat adalah khalayak mereka tidak dapat melihat atau menyentuh perkhidmatan.

Selalunya, matlamat perkhidmatan pemasaran adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan khalayak sasaran mereka.

SETIAP calon PRU15 mempunyai strategi tersendiri bagi memenangi hati khalayak. – Gambar hiasan

Jadi, para strategi politik perlulah fokus kepada membangun dan membina kepercayaan khalayak terutama bagi calon pilihan raya yang membuat penampilan kali pertama.

Para strategi politik juga boleh membuat beberapa perbezaan tradisional antara produk dan perkhidmatan.

Kaedah itu boleh mempengaruhi keputusan pemasaran setiap strategi calon pilihan raya mereka.

Walaupun produk direka, dibina dan dihantar kepada pelbagai khalayak sebagai standard, namun perkhidmatan calon boleh diubah suai dan disesuaikan berdasarkan keperluan atau kehendak khalayak.

Strategi pemasaran perkhidmatan perlulah mencerminkan perkara ini dengan menyerlahkan sentuhan peribadi, memberikan kelainan pada calon dan mendengar keperluan khalayak.

Apabila pakar strategi pemasaran politik menjual calon diwakili sebagai produk, sepatutnya khalayak dapat merasakan yang calon itu benar-benar terkait dengan kehidupan mereka.

Dalam kes perkhidmatan pula, khalayak akan pergi kepada penyedia perkhidmatan jika mereka ingin menikmati atau mengalaminya.

Ini merupakan kayu ukur kepada kejayaan kedua-dua strategi tersebut.

Para strategi pemasaran politik pastinya tidak boleh memisahkan perkhidmatan daripada pembekal yakni calon pilihan raya.

Strategi pemasaran haruslah berkaitan pembinaan jenama dan keperibadian penyedia perkhidmatan iaitu calon pilihan raya itu sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI