PETALING JAYA -Sebanyak 16 stesen Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini.
Rapid KL dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan, lain-lain stesen pula beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada pukul 11 malam.
Difahamkan juga terdapat bas akan disediakan di setiap stesen yang ditutup.
Semalam, perkhidmatan LRT antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan tergendala menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing. – KOSMO! ONLINE