fbpx

Real Madrid tahu cara tewaskan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI tahu apa strategi diperlukan apabila Real menentang Liverpool di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada 22 Februari tahun depan. – AFP

MADRID – Juara Eropah, Real Madrid seakan-akan lega selepas diundi bertemu seteru utama, Liverpool pada aksi peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara pada 22 Februari tahun depan.

Berdasarkan rekod, Real tidak pernah tumbang kepada Liverpool dalam enam pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan sejak tewas 0-4 di peringkat suku akhir edisi 2008/2009.

Los Blancos juga berjaya menewaskan lawan sama dengan keputusan 1-0 hasil gol tunggal Vinicius Junior pada aksi final edisi musim lepas di Stade des Princes pada Mei lalu.

“Liverpool lebih mudah ditafsirkan daripada pasukan-pasukan lain disebabkan identiti permainan mereka yang amat jelas. Jadi kami boleh bersedia seperti sebelum ini.

“Kami tahu strategi bagaimana yang diperlukan menentang The Reds iaitu tidak memberikan ruang kosong di belakang pertahanan yang membolehkan jentera serangan mereka mengambil kesempatan,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.

Bagaimanapun, Real ketika ini dilihat tidak berada pada tahap terbaik apabila tewas mengejut 2-3 kepada Rayo Vallecano dalam saingan La Liga di Estadio de Vallecas awal pagi semalam.

Dua gol Real dijaringkan oleh Luka Modric dan Eder Militao, manakala tiga jaringan Vallecano pula diperoleh menerusi Santi Comesana, Alvaro Garcia Rivera serta Oscar Trejo.

Kekalahan tersebut telah menyaksikan Real terpaksa akur kekal di tangga kedua dan gagal merampas semula status pendahulu La Liga yang kini menjadi milik Barcelona dengan kelebihan dua mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI