fbpx

Rakyat rayu 18 November diisytihar cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI pengundi memilih untuk menggunakan pengangkutan awam untuk pulang mengundi pada 19 November ini. – GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Golongan perantau yang mencari rezeki khususnya di Lembah Klang merayu agar kerajaan mengumumkan pemberian satu hari cuti khas bagi memudahkan mereka untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Permohonan cuti umum itu wajar diberikan sehari sebelum hari membuang undi yang dijadual pada 19 November ini.

Seorang operator kilang di Selangor, Muhammad Nur Firdaus Mohamad berkata, sekiranya cuti khas itu dibenarkan, ia akan membolehkan mereka merancang lebih awal untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Saya kerja swasta, mana ada syarikat yang mahu beri cuti kepada pekerja mereka sekali gus, saya sepatutnya pulang ke kampung di Chalok Barat, Setiu, Terengganu.

“Jika Perdana Menteri umum cuti khas sehari sebelum pembuangan undi, saya rasa ia lebih baik sebab kami ada masa lebih untuk pulang mengundi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Seorang pembantu pengurusan, Akmaliza Alias, 31, pula berkata, dia yang tinggal di Gombak, Selangor memerlukan sekurang-kurang empat jam perjalanan untuk pulang ke Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, sekiranya pengundi dari Lembah Klang pulang pada hari yang sama iaitu pada petang Jumaat, ia akan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

“Kita dapat tengok pada hari raya yang mana orang ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing pada waktu yang hampir sama sehingga menyebabkan kesesakan teruk terutamanya di lebuh raya utama seluruh negara.

“Biasanya saya mengambil masa empat jam untuk pulang ke Kemaman, namun kalau jalan sesak boleh mengambil masa sehingga 12 jam. Sebab itu ramai yang berkira-kira untuk tak balik mengundi,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan kerajaan, Zulaikha Azmi, 30, turut bersetuju sekiranya kerajaan memberi cuti umum pada hari Jumaat bagi memastikan lebih ramai penjawat awam pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, pe­rancangan masa adalah pen­ting kerana dia memerlukan sekurang-kurang 12 jam untuk balik mengundi.

“Biasanya penjawat awam hanya akan selesai berkerja pada petang Jumaat dan agak sukar untuk kami merancang perjalanan pada waktu malam.

“Kalau ini berlaku, sudah pasti jalan raya akan sesak dan mungkin menyukarkan orang ramai untuk pulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI