fbpx

Raffi Ahmad sekat WhatsApp isteri semasa bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI Ahmad bersama isterinya, Nagita Slavina.

DILIHAT bahagia sepanjang masa, Raffi Ahmad mengakui kehidupan bersama isterinya, Nagita Slavina juga sering bergaduh.

Menerusi saluran YouTube Trans TV, Nagita mengakui lebih suka meluahkan kemarahan menerusi aplikasi WhatApps.

“Ya, saya suka kalau bergaduh tulis panjang-panjang dalam WhatApps tapi selalunya dia tidak balas,” ujarnya.

Bagaimanapun, Raffi pula tidak suka melayan emosi isterinya yang sedang marah dan lebih suka menyelesaikan masalah secara bersemuka.

“Saya banyak kerja di luar, ada penggambaran dan dia hanya duduk di rumah. Saya ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

“Kalau balas dalam WhatApps itu hanya mengeruhkan keadaan. Tunggu sahaja balik rumah baru selesaikan,” ujarnya.

Raffi mengakui, selalunya dia akan menyekat WhatApps isterinya buat sementara waktui ketika bergaduh bagi mengelakkan mesej tidak sepatutnya.

Raffi dan Nagita telah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI