fbpx

PRU15: KJ ada tokoh, kredibiliti – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN beramah mesra bersama penduduk sempena pada Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Panjang Sari, Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut bersetuju calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) pada masa hadapan.

Penyandang Ahli Parlimen Pagoh, itu mengakui Khairy Jamaluddin mempunyai kredibiliti yang baik dan kesungguhan melaksanakan tugas sebagai menteri juga dianggap cemerlang.

“Dia seorang tokoh yang bagus, malah dalam kabinet saya pun dia antara orang yang dipercayai. Dia menguruskan soal Covid-19 dan sebagainya dengan baik, ada masa depan yang baik, cuma dia ada dalam parti yang salah.

“Tapi tak mengapalah, semua orang mempunyai cita-cita untuk jadi apa sekalipun, tak perlu tanya kenapa kau nak jadi PM? Itu impian dia.

“Tapi bila masanya mungkin dia kena ambil alih UMNO dan jadi presiden. Peroleh jumlah kerusi yang banyak serta boleh membentuk kerajaan ketika itu. Ketika ini dia boleh cakap sahaja, tak salah pun,” katanya pada Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Panjang Sari, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI