fbpx

PRU15: Bukan keputusan individual untuk kerjasama dengan parti lain – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali (dua dari kiri) dan Calon BN Parlimen Alor Gajah Shahril Hamdan (dua dari kanan) pada Program Jelajah Mesra di pekan Durian Tunggal, Alor Gajah. Gambar RASUL AZLI SAMAD

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan untuk sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PKR perlu diputuskan parti, sekiranya sebuah kerajaan campuran perlu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu merupakan satu langkah besar yang akan diambil Barisan Nasional (BN), sekali gus memerlukan persetujuan bersama dan bukannya oleh seorang pemimpin sahaja.

“Itu keputusan besar, sebab ini parti yang perlukan putuskan, kita tidak boleh individu yang buat keputusan (sama ada) nak PKR ke, nak PH (Pakatan Harapan) ke, tak nak itu, tak nak ini, parti yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika membuat Jelajah Mesra di Pekan Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan campuran sekiranya tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah.

Tambah Naib Presiden UMNO itu, beliau melihat keperluan terhadap kerajaan campuran bagi mengelakkan berlakunya ‘Parlimen tergantung’.

“Kalau tak ada satu parti yang mempunyai simple majority (majoriti mudah), tentu sahaja untuk membentuk kerajaan kena ada kerajaan campuran, jika tidak Parlimen akan tergantung.

“Memang saya setuju, memang kena ada ‘coalition’ lah kena ada kerajaan campuran,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI