fbpx

Pesohor YouTube dikecam makan sup kelawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu menunjukkan kelawar yang dimasak sup di saluran YouTubenya. - Thaiger

BANGKOK – Seorang pesohor YouTube di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen kerana memuat naik satu klip video memaparkan aksi dia memakan sup kelawar dan menggalakkan orang lain untuk memakannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menerusi saluran YouTube miliknya yang diberi nama ‘Gin Zap Bep Nua Nua’ (makan pedas dan sedap), wanita itu dilihat mengoyak daging kelawar yang dimasak sup bersama tomato ceri, sebelum mencelupnya ke dalam sos pencicah yang dipanggil Nam Jim.

Wanita itu menyuarakan ‘keenakan’ rasa kelawar dan membandingkan rasa haiwan itu dengan daging tikus. 

Pada satu ketika, dia mengangkat daging kelawar itu dan berkata: “Ia mempunyai gigi.”

Setelah memakan daging haiwan eksotik itu, dia kemudian mengunyah tulang kelawat tersebut sambil berkata bahawa ia sangat lembut.

“Anda tidak boleh mengambil ringan (risiko) dengan kelawar,” kata Profesor Teerawat Hemajuta dari Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn.

Menurut beliau, kelawar mengandungi patogen yang beoleh membuatkan manusia sakit teruk dan memulakan satu lagi wabak penyakit.

“Walaupun dimasak dengan betul, masih terdapat risiko tinggi untuk manusia dijangkiti,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Jika anda mati, matilah seorang diri. Tiada siapa yang akan menyalahkan anda. Tetapi anda akan dikutuk jika memulakan wabak,” kata seorang netizen.

“Anda meletakkan diri anda dalam risiko. Kalau sakit jangan bebankan doktor dan jururawat,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI