fbpx

Perbaharui insurans kenderaan secara ansuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAWAT awam boleh memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan dengan bayaran secara ansuran menggunakan platform MyEzyCover. – Gambar hiasan

MEMILIKI sekurang-kurangnya sebuah kenderaan seakan menjadi perkara wajib kepada setiap keluarga di negara ini bagi memudahkan pergerakan.
Namun begitu, setiap tahun pemilik kenderaan harus memperbaharui insurans dan cukai jalan bagi membolehkan kereta atau motosikal digunakan secara sah mengikut undang-undang di Malaysia.

Walaupun insurans dan cukai jalan diperbaharui setahun sekali, namun ia tetap memberi bebanan terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah untuk membayarnya secara sekali gus.

Menyedari akan wujudnya permasalah tersebut A Tech Insure Sdn. Bhd. iaitu sebuah firma aplikasi digital teknologi insurans telah membangunkan sebuah platform dikenali sebagai MyEzyCover.

Ia merupakan satu platform mudah alih atau digital untuk penjawat awam memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jualan secara online.

Platform tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Penjawat Awam MyEzyCover.

Melalui program tersebut, MyEzyCover menawarkan pembiayaan tanpa sebarang faedah untuk penjawat awam memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan.

Ketua Pegawai Operasinya, Mark Anthony Nathan berkata, platform itu dibangunkan setelah melihat masalah yang dihadapi oleh penjawat awam untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jualan.

SEMUA proses memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan boleh dilakukan secara online.

Menurutnya, berdasarkan kajian purata untuk premium insurans kenderaan milik penjawat awam adalah sekitar RM850 hingga RM900 setahun.

“Kebanyakan penjawat awam adalah berpendapatan rendah. Ia menjadi satu beban buat mereka untuk membayar secara sekali gus. Apatah lagi jika ada keperluan lain yang turut mendesak.

“Jadi, kita bangunkan platform ini dan penjawat awam boleh mendapatkan pembiayaan tanpa faedah untuk membeli insurans kenderaan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menawarkan tempoh bayaran semula pinjaman tanpa faedah secara ansuran sehingga 10 bulan kepada penjawat awam yang membeli insurans melalui MyEzyCover.

Dalam pada itu, Mark Anthony berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan sepenuhnya secara online dan pelanggan hanya perlu memberikan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan bagi mendapatkan sebut harga.

“Setelah mendapat sebut harga premium insurans, pelanggan boleh memohon kemudahan pembiayaan tanpa faedah dengan bayaran balik secara ansurans selama tiga, enam atau 10 bulan.

“Pembayaran ansuran ini boleh dibuat melalui Skim Potongan Gaji Angkasa dengan syarat nisbah hutang penjawat awam tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan,” jelasnya.

Sementara itu, platform itu selamat untuk digunakan dan maklumat yang dikongsi juga akan dilindungi.

Pada masa sama, pembaharuan insurans dan cukai jalan dengan menggunakan platform itu diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Bank Negara Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI