fbpx

Pensyarah menang lagi, sedia buru kemenangan hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pengurus Liga Fantasi yang muncul sebagai lima pemenang mingguan dan membawa pulang RM200.
MUHAMMAD FADHIL

Pensyarah sasar raih kemenangan mingguan berhasil

PERTUKARAN ramai pemain setiap minggu membawa tuah buat pasukan Ayam Tambatan selepas menjadi pemenang ming­guan bagi saingan Liga Fantasi Kosmo! buat kali kedua pada perlawanan minggu ke-15.

Pengurusnya yang juga seorang pensyarah, Dr. Muhammad Fadhil Marsani menjelaskan, tidak kisah untuk menolak banyak mata bagi membentuk skuad terbaik memandangkan dia ha­nya meletakkan sasaran bagi memenangi aksi mingguan.

Justeru, kedudukan pasukan pada akhir musim tidak lagi menjadi fokus kerana menganggap kemenangan mingguan sudah memadai, lebih-lebih lagi pasukannya sudah jauh ketinggalan dengan kelompok 10 teratas.

“Ini adalah kemenangan ke­dua saya bagi saingan musim 2022/23. Pemilihan pasukan saya berkonsepkan jangka pendek kerana saya akan menukar ramai pemain setiap minggu dan tidak kisah jika ditolak mata.

“Fokus saya sekarang adalah untuk memenangi aksi mingguan kerana sudah jauh ketinggalan. Minggu lalu, mungkin cip ‘bench boost’ menjadi salah satu faktor kemenangan ini,” ujarnya.

 

MASDARIANSAH

Kesetiaan kepada Mohamed Salah tuai ganjaran

KEPERCAYAAN meletakkan Mohamed Salah sebagai kapten membolehkan pasukan 433 Gegen Pressing meraih mata ter­tinggi bagi minggu ke-15 saingan Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023.

Dua gol daripada bintang Li­verpool itu menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu langsung tidak dijangka oleh pengurusnya, Masdariansah Sam­sudin.

“Saya memang letak Salah sebagai kapten sejak musim lalu tetapi dia tidak begitu menjadi kali ini. Sebagai peminat Liver­pool, saya tetap percayakan Salah dan ia membawa pulangan.

“Memang tidak jangka dua gol Salah membuatkan saya kutip mata tertinggi. Ini kali pertama saya memenangi sesuatu sejak bermain FPL (Fantasy Premier League),” katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Pekerja di sebuah syarikat kilang kereta swasta itu juga te­ruja apabila kali pertama kisah kejayaannya diterbitkan oleh pe­nganjur Kosmo! dalam platform media cetak dan online.

 

NURUL SYAFIQ

Belum terlambat kejar kelompok 10 terbaik

PERCATURAN formasi permainan 4-5-1 menjadi buat Nurul Syafiq Jasmin menjadi antara pemenang mata ming­guan tertinggi bagi saingan minggu ke-15 Liga Fantasi Kos­mo! 2022/23.

Pengurus pasukan Ada Manoi FC itu menyifatkan, empat daripada lima pemain tengahnya berjaya memungut mata tinggi antara faktor utama kejayaan biarpun hanya mempertaruhkan seorang penyerang.

“(Mohamed) Salah, (Pascal) Gross dan (Andreas) Pereira berjaya menjaringkan gol serta cipta umpanan seperti (Kevin) De Bruyne. Mujur saya tiada (Joao) Cancelo yang dilayangkan kad merah,” katanya.

Bagi Syafiq, pemilihan ke­sebelasan utamanya berdasarkan prestasi semasa seseorang pemain itu, bukan disebabkan kualiti pasukan atau lawan dihadapi untuk saingan minggu tersebut

Malah, peminat setia Liver­pool itu turut percaya masih memiliki peluang untuk me­manjat carta ke kelompok 10 terbaik biarpun kini berkedudukan 200 lebih di­sebabkan faktor Pia­la Dunia Qatar 2022.

 

SAIFUL HOESNE

Intan FC raih rezeki terpijak dengan kekalkan nama besar

KEGAGALAN beberapa pengurus pasukan untuk melakukan pendaftaran lengkap memberi tuah buat Saiful Hoesne Hasan Ongkat selepas pasukannya, Intan FC mendapat kedudukan Top 5 pada saingan Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-15 (GW15).

Saiful mengakui keputusan untuk mengekalkan nama-nama besar dianggap tepat walaupun beberapa kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak begitu konsisten musim ini.

“Secara jujur, saya tidak sangka dapat mengutip mata ter­tinggi pada kempen minggu ini ke­rana saya melihat sendiri carta dan ada beberapa pasukan yang mendapat mata lebih tinggi.

“Namun, selepas difahamkan mereka tidak melengkapkan pendaftaran dan slot tersebut diberikan kepada saya, tiada apa lagi yang boleh saya katakan selain ini adalah rezeki yang terpijak.

“Saya sokong Man­chester United, tetapi ti­dak mempertaruhkan pemain dalam pasukan kerana mereka tidak konsisten.

“Cuma, saya mengekalkan pemain seperti Mohamed Salah daripada Liverpool, Erling Haa­land (Man. City) dan Aaron Ramsdale yang menyumbangkan mata cukup tinggi,” katanya.

 

JOHAN ARIFF

Kemenangan hadir selepas dua musim

SELEPAS dua musim menyertai saingan Liga Fantasi Kosmo!, pasukan Rentak Chumpu FC akhirnya menikmati kemenangan pertama apabila menjadi salah seorang pemenang bagi aksi minggu ke-15.

Pengurus pasukan, Johan Ariff Johari menyuarakan rasa gembira selepas percaturannya menjadikan penyerang Liverpool, Mohamed Salah sebagai kapten membuahkan hasil selepas pemain Mesir itu meledak dua gol.

Justeru, dia meletakkan sasaran untuk mencari kemena­ngan kedua berturut-turut menjelang aksi ming­gu ke-16 yang dijadualkan berlangsung hujung ming­gu ini, aksi terakhir sebelum saingan Piala Dunia 2022.

“Alhamdulillah kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjadi salah seorang pemenang mingguan dalam Liga Fantasi Kosmo! selepas menyertai kejohanan ini sejak musim lalu.

“Kebetulan saya menggunakan Salah sebagai kapten dan ia adalah rezeki kerana dia menjaringkan dua gol. Kebiasaan saya gunakan (Erling) Haaland sebagai kapten tetapi terpaksa ubah kerana dia ce­dera.

“Impian itu memang untuk berada dalam kedudukan kelompok 10 teratas, namun nampak gaya sudah jauh ­ketinggalan. Mungkin saya akan sasar kemenangan di minggu lain pula, InsyaAllah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI