fbpx

Pengurus besar kena dakwa lupus harta RM10.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paismanathan (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengurus besar syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan pelupusan harta bernilai RM10.6 juta antara 2017 dan 2018.

Tertuduh, G. Paismanathan, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi semua pertuduhan, Paismanathan didakwa telah dengan curang menyebabkan seorang wanita dikenali Chin Yit Wah melupuskan harta milik dua buah syarikat jenis teknologi dan kejuruteraan bagi pembayaran kepada satu syarikat lain bernilai RM10.6 juta bagi sembilan kerja yang diketahui tidak wujud.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah syarikat di Ara Damansara antara 1 Ogos 2017 hingga 5 Ogos 2018.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan membayar dua kali secara ansuran sebanyak RM250,000 pada hari ini dan sehari sebelum sebutan semula kes bersama dua penjamin serta melaporkan diri di pejabat SPRM.

Peguam Amir Farid Nawawi dan Mohd Rizal Bahari mewakili tertuduh tidak mempunyai sebarang bantahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua cadangan pihak pendakwaan termasuk bayaran ansuran jaminan dengan pembayaran kali kedua sebelum atau pada Khamis depan.

Sebutan semula ditetapkan pada 17 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI