fbpx

Ajal motosikal rempuh lembu tidur atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang merempuh seekor lembu di Jalan Felda Aring 6 di Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu yang sedang tidur di atas jalan raya di Jalan Felda Aring 6 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrul Hakimi Haslimi, 22, yang cedera parah pada kepala disahkan meninggal dunia semasa tiba di Klinik Kesihatan Felda Aring 1 di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Felda Aring 6 menuju ke Felda Aring 4.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar seekor lembu yang tidur di atas jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Felda Aring 1 di sini terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Lembu itu pula patah kakinya selepas dirempuh motosikal ditunggang Mohammad Shahrul Hakimi. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Aring 1 oleh orang awam sebelum meninggal dunia sebaik sahaja tiba di klinik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI