fbpx

PDB, EPMB perkenal stesen penukaran bateri untuk EV dua roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidon (kiri) bersama Azrul Osman (tengah) dan Chen Wai pada majlis memeterai MoU di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memeterai memorandum persefahaman dengan tiga syarikat untuk mempercepatkan lagi penggunaan mobiliti elektrik.

Tiga syarikat tersebut adalah Gentari Green Mobility Sdn Bhd, EP Blueshark Sdn Bhd, Blueshark Holding Limited dan Handal Indah Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, perkongsian strategik ini akan mengukuhkan lagi peranan penting Kumpulan dalam keseluruhan rantaian nilai mobiliti elektrik bersepadu dengan melancarkan stesen penukaran bateri untuk kenderaan dua roda elektrik dan infrastruktur pengecasan bagi bas elektrik masing-masing di stesen Petronas.

 “Sementara kami terus mempelbagaikan perniagaan bukan bahan api, kami juga mempergiatkan usaha kami untuk menyokong mobiliti elektrik kerana ia akan membolehkan kami merealisasikan potensi pertumbuhan pasaran EV.

“Ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama antara PDB dan Gentari, bersama EP Blueshark, Blueshark Holding Limited dan Handal Indah untuk mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif untuk pengguna EV,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis memeterai MoU tersebut di sini semalam.

MoU pertama adalah mengenai kerjasama dalam perniagaan penukaran bateri dua roda elektrik telah ditandatangani oleh Azrul Osman dengan Pengerusi Eksekutif EP Blueshark, Hamidon Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Blueshark Holding Limited, Jeff Chong Chen Wai . 

MoU ini akan menyaksikan semua pihak bekerjasama dalam pembangunan perniagaan, bermula dengan pemasangan Stesen Tukar Bateri di sembilan stesen PETRONAS dalam pelaksanaan perintis dua peringkat. 

Selain itu, Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad (EPMB), Hamidon Abdullah menerangkan, pihaknya teruja kerana PDB mengiktiraf usaha dan keupayaan syarikat.

“Pendekatan kami adalah berasaskan sistem untuk dilaksanakan bersama rakan kongsi utama kami.

“Kerjasama ini adalah mengenai meneroka rantaian nilai berpotensi tinggi di masa hadapan, dan cara kami boleh meletakkan diri kami dan rakan kongsi kami untuk mendapat manfaat daripada teknologi EV yang berkembang,” ujarnya.  

 MoU kedua adalah mengenai kerjasama dalam infrastruktur pengecasan bas elektrik komersial ditandatangani oleh Azrul Osman dengan Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli dan Pengarah Eksekutif Handal Indah, Lim Chern Chuen. 

Melalui MoU ini, tiga stesen Petronas di Johor akan dipasang dengan pengecas DC pantas EV untuk memberi peluang pengecasan untuk bas elektrik Handal Indah yang beroperasi di laluan itu, serta kepada orang ramai. 

Projek perintis ini akan menyediakan PDB dengan pengalaman yang lebih mendalam, sebelum merangka penyelesaian terperinci kepada perniagaan yang berdaya maju untuk PDB. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI